INFO SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah telah dibina dan dibuka pada awal tahun 1952. Pada waktu itu, sekolah ini merupakan sekolah rakyat yang terhasil dari usaha sama dan gotong royong penduduk kampung. Sekolah ini dikendalikan oleh Ketua Kampung pada masa itu, Haji Wan Omar.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah  En. Ghazali bin Md Nor. Pada awalnya, struktur fizikal sekolah ini hanyalah sebuah "bangsal" berukuran 38'x18', beratapkan nipah dan berdindingkan kulit kayu. Bangunan ini terhad kepada 16 orang murid dan seorang guru sahaja.

Pada tahun 1957, SK Tebing Tembah diwartakan sebagai sekolah bantuan kerajaan bagi menggantikan sekoah rakyat. Kepimpinan sekolah diterajui oleh guru besar kedua iaitu En. Harun bin Ali pada masa itu.

Keseluruhan murid di sekolah ini merupakan anak tempatan. Sosio ekonomi keluarga di sini terdiri daripada nelayan dan buruh.  



SENARAI GURU BESAR SK TEBING TEMBAH

  1. En. Ghazali bin Md Nor (1952)
  2. En. Harun bin Ali (1957)

  3. Pn. Normyshitah bt Mohd Ali
  4. En. Sabtu bin Ahmad
  5. En. Subiyamin bin Sulaiman
  6. En. Zakaria bin Salleh
  7. Pn. Hajah Norlizai bt Awang Abdul Aziz 







Kami warga sekolah SK Tebing Tembah berikrar dan berjanji :

  • Sentiasa melaksanakan arahan KPM, JPNT dan PPD Dungun
  • Sentiasa memberi layanan mesra dan berusaha memberi maklumat yang diperlukan dengan segera
  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan maksimun kepada semua murid
  • Bersedia menerima teguran dan saranan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
  • Sentiasa mengutamakan kecemerlangan murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah


Peta Lokasi


Di sini ku mengenal

Kehidupan yang penuh makna
Tak kira apa jua ku hadapi
Gigih usaha tabah jaya

Sekolah Tebing Tembah
Kau tetap berdiri megah
Mendidik generasi berwawasan
Demi kecemerlangan diri

SK Tebing Tembah
Mesra laksana cepat sempurna
Mendidik anak bangsa
Demi kesejahteraan negara

Ayah, ibu dan guru
Ku semat segala impianmu
Ku kenang jasa dan budimu
Terima kasih untuk semua



Kedudukan Band Sekolah


No comments:

Post a Comment